Bab
3
“I
tak kira! I nak you pecat dia sekarang jugak!” jerit Dellina bagai orang yang
dah dirasuk hantu jembalang. Tidak peduli langsung dengan keadaan sekeliling
yang sedang memerhati tingkah gilanya saat ini.
“Selagi
dia bekerja dengan you, selagi tulah you akan menggatal dengan dia, kan?”
jerkah Dellina sekuat hati.
“You
merepek apa ni, hah Del? I dengan Cherina nak menggatal? Hei, tolong sikit ya.
You ingat I ni tak ada taste ke?
Setakat perempuan macam setiausaha I tu, sebelah mata pun I tak pandanglah,”
balas Tengku Ishaan Danish.
Lelaki
itu tetap dengan gaya selambanya, bagai tiada apa-apa yang berlaku di depannya
sekarang. Dia nak berasa malu kerana Dellina sudah terpekik terlolong bagai
kera termakan sepokok cili api? Mimpilah! Nak malunya dia, bukan ada kena-mengena
dengan aku pun, fikir hati lelakinya begitu mudah.
“Huh,
bukan taste you konon. Hei Is, bukan
sehari dua I kenal you, tapi dah bertahun-tahun tahu tak? Semua pasal diri you,
I dah hafal sangat. Jangankan ratu cantik, perempuan murah tepi jalan pun you
boleh goda asalkan namanya perempuan. Dasar buaya, tak nak mengaku lagi!” marah
Dellina sudah memuncak tinggi.
Bagaimana
dia tidak berangin jika kekasih hati yang sememangnya selama ini bersikap
seperti kuda liar semakin bertambah liar sejak pulang ke tanah air? Depan mata
aku pun dia boleh kenyit mata kepada perempuan lain, inikan pulak kepada
setiausaha dia yang tak pernah nak suluh muka sendiri di cermin tu. Makin
menjadi-jadilah perangai gatalnya tu. Melampau betul!
“Kalau
you dah tahu I ni jenis buaya darat, buaya tembaga or whatever jenis buaya sekalipun, yang you masih terhegeh-hegeh
nakkan I kenapa? Banyak lagi lelaki yang you boleh buat suami, tapi kenapa I
yang you gelar buaya darat ni jugak yang jadi pilihan you? Why? Sebab I banyak harta? Sebab I ada darah keturunan raja? Atau
sebab I ni handsome? Mana satu
pilihan you? Atau semuanya sekali, hah? Jawablah!” Keras Tengku Ishaan Danish
bersuara kali ini.
Bosan
sudah dia dengan perempuan nan satu ini. Suka benar mengatur cara hidupnya. Ini
tak boleh, itu tak boleh. Bonda aku pun tak pernah buat semua tu kat aku, dia
pulak lebih-lebih nak menyibuk. Memang cari penyakit betullah perempuan meroyan
ni. Hati Tengku Ishaan Danish ikut serta berangin.
Dellina
terdiam. Hilang sejenak segala marahnya bila Tengku Ishaan Danish bersuara
begitu. Dia sedar. Dia yang terhegeh-hegeh mengejar Tengku Ishaan Danish sedari
awal perkenalan mereka di universiti lagi. Sebabnya, seperti yang dikatakan
oleh lelaki itulah. Dia terpikat pada pakej lengkap yang ada pada lelaki itu,
tapi mustahil Dellina mahu mengaku. Jatuhlah maruah dia nanti.
Selain
itu, dia punya agenda lain yang harus diselesaikannya bersama lelaki itu. Hanya
bukan sekarang masanya untuk dia selesaikan semuanya. Jadi, dia harus bersabar
dengan kerenah Tengku Ishaan Danish yang kadangkala tidak dapat dijangka itu.
“I
sayangkan you Is, sebab tulah I tahan jugak dengan semua perangai buruk you. I
bukannya perempuan yang gilakan harta. Jauh sekali mahukan suami yang ada
gelaran terhormat, apa lagi terkenal di mata semua. Tapi I nakkan seorang suami
yang boleh terima I seadanya diri I. Itu saja.” Sayu Dellina bersuara kali ini,
seakan-akan menagih simpati.
Sedaya
upaya dia menayang wajah sedih, bagai terluka dengan tuduhan lelaki itu.
Padahal di dalam hati, dia sudah memaki-maki lelaki di depannya itu.
Bukan sekali atau dua kali, tapi sudah beribu-ribu kali. Bahkan kalau dihitung
kata-kata makian Dellina, pasti semua itu sudah terlebih mampu untuk memenuhi
ruang di dalam beratus-ratus tong sampah milik Majlis Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur!
“Kalau
macam tu, you pun kena terima diri I seadanya. You ingat I ni apa? Adik you?
Kuli batak you? Sedap-sedap aje nak maki-maki I. Nak suruh I buat itu buat ini.
Ikut kehendak kepala batu you tu aje. I ni manusia okey. I ada hati, ada
perasaan sendiri,” bentak Tengku Ishaan Danish tak mahu kalah.
“You
ingat baik-baik Del. Kalau you rasa you masih nak stay dengan I sebagaimana sekarang, you tunjuk perangai elok-elok. Kalau
tak, you cari aje lelaki lain yang mampu tahan dengan kerenah gila you tu!” tegas
Tengku Ishaan Danish memberi peringatan kali ini.
“Tapi
I girlfriend you Is! I ada hak untuk
marah you bila you menggatal dengan perempuan lain!” Dellina kembali
memberontak.
“You’re only my girlfriend, not my wife. So,
jangan nak berlagak seolah-olah I ni hanya hak you seorang. Kalau I jadi suami
you sekalipun, I tetap ada hak nak buat apa yang I suka. I nak kahwin lain ke,
I nak ada perempuan lain ke, you tak ada hak nak masuk campur dalam urusan
hidup I. Understand?” balas Tengku
Ishaan Danish, tak kurang tinggi. Cuba menyedarkan gadis itu tentang erti
sebenar status hubungan mereka di mata dan hati lelakinya.
“Oh...
Jadi itulah sebabnya you menggatal dengan perempuan lain? Supaya you boleh
pasang lain bila kita dah kahwin nanti? Huh. You jangan fikir I senang-senang
aje nak biarkan you jatuh ke tangan orang lain. I tak habiskan masa hidup I
bertahun-tahun lamanya dengan you hanya kerana nak melihat you berkahwin dengan
perempuan lain. Apa pun yang jadi, I tetap nak you jadi hak I seorang sampai
bila-bila!” jerkah Dellina kembali hilang sabar.
“Kalau
macam tu, you mimpilah ajelah Cik Dellina Mokhtar oi. sebab I takkan peduli
dengan apa yang you nak buat. You jangan lupa, I dah ingatkan you sebelum ni.
Jangan buang masa dengan I sebab I takkan sesekali ikut kata orang, tapi orang
yang akan ikut kata I. I dah bagi you peluang, malah sampai sekarang I masih
bagi peluang sama pada you untuk cari lelaki lain. You sendiri yang degil,
masih tak malu nakkan I jugak. So,
jangan nak pandai-pandai merungut tentang keburukan diri I. You nak diri I,
terima apa saja tentang I. Jika tidak, you boleh blah!” jerkah Tengku Ishaan Danish sinis.
Lantas
dia bangun sebelum menapak keluar dari restoran mewah itu. Langsung menuju ke
keretanya yang diparkir tidak jauh dari situ. Buang masa aku saja jumpa
perempuan gila ni. Buat sakit hati aje, bebelnya dalam hati. Tidak peduli
Dellina terkedek-kedek mengikut langkahnya dari belakang.
“Hei
Is, you jangan cari pasal dengan I! I tak peduli, apa jadi sekalipun, you kena
kahwin dengan I, bukan dengan perempuan lain!” jerit Dellina geram tak terkata.
Hampir
saja dia terpeluk tubuh Tengku Ishaan Danish bila lelaki bertubuh tinggi tegap
itu mengalih tubuh serta-merta. Menghadap Dellina yang tersentak dengan
perlakuan tiba-tiba lelaki itu.
“I
nak kahwin dengan you?” Kening Tengku Ishaan Danish sudah terangkat tinggi.
“Hei,
come onlah Del. I masih terlalu muda
untuk kahwin okey. I baru aje sambut birthday
I yang ke-25 bulan lepas. Mustahil I akan sambut tangan tok kadi dalam masa
terdekat ni pulak. By the way, kalau
you nak kahwin dengan I jugak, you ubah dulu perangai you tu supaya tak sakit
mata dan hati I setiap kali I tengok you. okey?” balas Tengku Ishaan Danish
selamba. Elok saja dia mahu berpaling, tiba-tiba, buk!
“Aduh!”
Seorang gadis sudah tertiarap separuh tubuh di but kereta mewah milik Tengku
Ishaan Danish.
“Awak
ni kenapa? Dah buta atau sengaja buat-buat buta, hah?” marah gadis itu,
merengus geram kepada Tengku Ishaan Danish yang sudah terpaku menatap wajah di
depannya itu.
Tak
jadi lelaki itu mahu membantu membangunkan tubuh yang baru dilanggarnya itu.
Sebaliknya wajah menyinga itu ditatap dengan lebih dalam. Wajah yang selama ini
begitu dirinduinya. Biarpun suasana malam itu hanya samar-samar, namun dia
masih dapat mengecam wajah itu.
“Lain
kali kalau nak berjalan tu, tengok depan, bukan pusing sana, pusing sini. Ini
tempat awam, bukan taman bunga segala bagai!” sembur gadis itu lagi sebelum
cepat-cepat berlalu pergi setelah menghadiahkan jelingan tajam kepada Tengku
Ishaan Danish.
Lelaki
itu masih tidak berganjak daripada merenung wajah yang sudah menghilangkan diri
secepat-cepatnya itu. Dia tak ingat aku ke? Atau dia tak cam aku sebenarnya?
Hati Tengku Ishaan Danish tertanya-tanya sendiri.
“You!”
Jerkahan
Dellina mengejutkan Tengku Ishaan Danish daripada terus ralit melihat gadis itu
pergi. Wajah menyinga Dellina ditatap semula.
“What?” soal Tengku Ishaan Danish
selamba.
Hampa
hatinya kerana tidak sempat menegur gadis yang terus menghilang daripada pandangannya
itu. Bertambah hampa mengenangkan pertemuan pertama mereka yang berlaku tidak
seperti yang diharapkannya. Tak apalah. Esok aku boleh jumpa dia di pejabat,
pujuk hatinya.
“What? You tanya I what? Depan mata I you boleh renung perempuan tu macam nak telan
ya? You ni memanglah Is, buaya darat, kasanova!” jerkah Dellina kembali
meroyan. Marahnya kepada lelaki itu masih belum hilang, Tengku Ishaan Danish
menambah marak api marahnya pula. Memang cari nahas betul!
“Lantak
youlah nak kata apa pun. I dah malas nak layan you.” Sinis jawapan yang
diberikan lelaki itu.
“I
nak balik sekarang. You balik naik teksi ajelah ya? I malas nak hantar you
balik. Buat sakit telinga I aje nak dengar you nak terpekik terlolong dalam
kereta I. Nanti orang fikir I tumpangkan bini Tarzan mana pulak. Bye,” sambung Tengku Ishaan Danish.
Selamba
dia saja masuk ke dalam keretanya sebelum menghidupkan enjin. Lelaki itu
berlalu pergi kemudian hon ditekan sekali. Tidak peduli Dellina mengetuk-ngetuk
marah cermin tingkap keretanya sebelum gadis itu menjerit sekuat hati.
“Tak
guna punya jantan! Kau memang tak guna langsung!” maki Dellina, betul-betul
geram. Dihentak kakinya beberapa kali ke tanah sebelum berlalu dari situ secepat
mungkin tatkala sedar tingkah keanak-anakannya itu hanya menjatuhkan maruahnya pada
pandangan orang sekeliling. Lantas beg tangannya diseluk. Telefon bimbitnya
dicapai.
“Helo.
Kau datang ambil aku sekarang!” jerkah Dellina keras.
“Baik
bos.” Suara di sana membalas segera.
Dellina
merengus semula. Lebih kesat.
“Tak
guna kau Tengku Ishaan. Kau malukan aku malam ni ya? Tunggulah. Masa kau akan
dimalukan akan tiba jugak nanti. Tak cepat, lambat-laun kau tetap akan mendapat
habuan setimpal atas setiap perbuatan kau!” bisik Dellina sendiri, penuh
dendam.
“Apa
jenis boyfriend yang perempuan tu
dapat pun tak tahulah. Tengah gaduh dengan awek pun masih sempat nak tenung
anak dara lain. Dahlah tu, bukannya nak minta maaf lepas langgar aku. Cengkerik
betul!” bebel Sarah sambil menutup kuat pintu keretanya.
“Amboi,
Sarah, dari ruang tamu rumah lagi aku dah dapat dengar suara kau membebel.
Kenapa? Ada orang kacau kau ke?” soal Rasya sambil membuka pintu gril rumah
sewa mereka.
Cepat-cepat
dia menapak mendapatkan Sarah. Dia membantu gadis itu mengangkat keluar beg-beg
plastik berisi barang-barang yang dibawa balik Sarah dari dalam but kereta.
“Bukan
ada orang kacau aku, tapi ada orang langgar bahu aku tadi. Sakit gila kau tahu.
Dahlah badan lelaki tu tinggi macam pokok kelapa, badan dia pulak tegap macam
kayu balak aje. Mahu tak sakit bahu aku ni. Nasib baik badan aku kerempeng aje.
Kalau tidak, dah lama aku ayun penumbuk ke muka dia. Suka hati aje nak langgar
aku macam langgar pokok reput!” bebel Sarah lagi sambil menarik masuk beg
pakaiannya ke dalam rumah. Dia kemudian merebahkan tubuh ke sofa. Penat.
Rasya
ikut serta.
“Orang
ke pokok yang langgar kau tu? Siap kata tinggi macam pokok kelapa, tegap macam
kayu balak lagi.” Rasya masih tidak puas hati bertanya. Bukan dia tidak kenal
Sarah. Gadis itu tidak mudah berangin, tetapi kalau sekali berangin, maknanya
Sarah betul-betul marah.
“Entah,
dua dalam satulah kut badan dia tu. Dahlah buat show gaduh-gaduh manja dengan awek dia depan semua orang. Selamba
dia aje renung aku macam tak ada apa-apa berlaku lepas tu. Eii... buat sakit
hati aku ajelah bila ingat dia tu.” Sarah menyambung bebel lagi. Geram
mengingatkan kejadian itu.
Mujur
saja masa itu samar-samar saja keadaannya. Jika tidak, pasti dia akan merakam gambar
lelaki yang melanggarnya itu tadi dan pamerkannya di laman media sosial. Biar
satu dunia tahu yang lelaki itu baru saja bergaduh dengan kekasih hatinya dan
dalam keadaan itu pun, lelaki yang dipanggilnya pokok serba guna itu masih
gatal merenung perempuan lain. Miang betul!
“Dahlah
Sarah, tak payahlah kau marah-marah lagi. Buat tambah dosa kau aje maki hamun
orang yang entah apa-apa tu. Pukul berapa kau bertolak balik dari asrama adik
kau tadi?” soal Rasya mengubah arah perbualan.
Dia
terus saja memunggah keluar isi segala beg plastik yang dibawa balik Sarah
tanpa perlu disuruh-suruh kerana Rasya tahu, Pasti ada habuan untuknya juga daripada
keluarga gadis itu. Rasya dan keluarga Sarah bukannya orang lain. sudah seperti
keluarganya sendiri. Begitu juga sebaliknya.
“Lambat
jugaklah aku bertolak balik dari sana. Aku singgah solat kat bandar raya Melaka
tadi. Sempatlah aku beli gula Melaka dan inang-inang yang kau pesan tu. Ada
dalam beg plastik tu,” sahut Sarah sudah bertukar nada. Ceria biarpun letih. Dia
sendiri ikut serta memunggah barang-barangnya. Lupa sudah pada kejadian yang
baru dilaluinya tadi.
“Oh,
ya, sebelum aku lupa. Mak aku kirim salam kat kau,” sambung Sarah, baru
teringat.
“Waalaikumussalam.
Sihat mak angkat aku tu?”
“Sihat
cara dialah Ras. Macam kau tak tahu mak aku tu macam mana orangnya. Tak sihat
pun dia buat-buat sihat jugak. Dia tanya, kau bila lagi nak ikut aku balik
kampung?”
“Aku
nak ikut, tapi aku sibuklah sekarang, wei. Kau tahu ajelah tempat kerja aku tu
macam mana. Tiap-tiap hari, ada aje kes yang perlu aku selesaikan,” rungut
Rasya.
“Nak
buat macam mana, dah tugas kau sebagai anggota polis kena selesaikan masalah
orang awam. Nak tak nak kau kena buat jugaklah,” sahut Sarah.
“Tapi
kan Sarah, aku ingat aku nak berhenti kerja kalau aku kahwin nanti. Bolehlah
aku berehat sikit. Penatlah asyik kerja aje.” Penuh teruja Rasya memberitahu
rancangan masa depannya.
“Yalah
tu kau. Sekarang kau cakaplah kau nak berhenti. Esok-esok lepas kahwin, jangan
kau kata kau rindu nak kerja balik sudah. Mahu mengamuk laki kau nanti.” Rasya
hanya tersengih kelat mendengar sergahan Sarah.
“Eh,
Sarah. Malam esok kau tak ke mana-mana, kan?” soal Rasya tiba-tiba.
“Kau
ni, tanya aku macamlah aku selalu keluar malam. Kalau aku keluar pun, aku
keluar dengan kau aje tau,” balas Sarah lalu Rasya kembali tersengih.
“Kalau
macam tu, esok malam lepas aku balik kerja bolehlah kita keluar pergi beli
barang-barang dapur rumah. Beras dah nak habis tu,” ajak Rasya.
“Okey
jugak tu. Bolehlah aku beli susu kotak Dutch Lady banyak-banyak. Tadi masa aku
singgah kat 7-Eleven, dah habislah pulak. Susu habis, bahu aku pulak yang
terkehel,” rungut Sarah.
Lalu
kejadian awal malam tadi bertandang semula. Cepat-cepat dia menghalau.
Menyerabutkan otak saja!
“Dahlah,
tak payah kau ingat lagi hal tu. Kau pergi mandi. aku dah masak makan malam
kita tu. Nanti kita makan sama-sama ya?”
“La...
Kau belum makan lagi ke Rasya?” Rasya tersengih.
“Aku
tunggu kau. Boringlah makan sorang-sorang,” beritahu gadis itu.
“Kau
ni, tahu saja bila aku nak balik ke sini ya?” Sarah pula tersengih bila Rasya
terus merengus halus.
“Apa
pulak tak tahunya kalau kau sendiri yang mesej bagi tahu aku tadi. Bukannya aku
ni dah nyanyuk ke apa sampai tak ingat segala apa yang kau bagi tahu aku,”
balas Rasya.
“Tak
apalah kalau begitu. Aku naik mandi dulu. Lepas solat nanti, aku turun.” Sarah
terus bangkit daripada duduknya sebelum menapak menuju ke tangga rumah.
“All right my sis,” balas Rasya ikut
serta bangun. Lantas dia membawa plastik berisi barang-barang Sarah ke ruang
dapur. Mahu mengemas apa yang patut.
No comments:
Post a Comment